top of page

BULETIN COMLEG(MALAYSIA)

Search

14 MAC, BALAI POLIS BATU BERENDAM - Program ini bertujuan menyambut bulan ramadhan al-mubarak yang akan tiba bersama anggota polis dan masyarakat awam. Program ini juga diadakan untuk memberi sumbangan barang persekolahan kepada anak-anak anggota polis seramai 50 orang terdiri daripada beg sekolah, peralatan menulis dan wang tunai perbelanjaan sekolah. Selain itu, sumbangan beras “Jambatan Syurga Berkongsi Rezeki” turut disertakan dalam program ini sebanyak 200 pek.




BUTIRAN






4 MAC, RUANG LEGAR & RESTORAN EZIE IDAMAN SHELLOUT, BACHANG -Majlis Israk Mikraj ini disambut bertujuan untuk memperingatiperistiwa yang sangat luar biasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w iaitu Nabi Muhammad S.A.W menerima perintah Allah SWT secara langsung berkaitan ibadat solat lima waktu. pada tahun ke-11 kerasulan Baginda. Majlis ini dihadiri seramai 420 orang termasuk ahli COMLEG(Malaysia) dan masyarakat setempat. Penceramah jemputan adalah Al-fadhil Ustaz Mohd Zainuddin Bin Mohamed Zaini (PU Yeop). Selain itu,sumbangan beras “Jambatan Syurga Berkongsi Rezeki” turut disertakan dalam program ini untuk semua yang hadir.




BUTIRAN


1 MAC, RUANG LEGAR & RESTORAN EZIE IDAMAN SHELLOUT, BACHANG -Majlis makan malam ini bertujuan untuk meraikan peserta- pesertakhatan selepas seminggu program khatan 2023 diadakan. Majlis inijuga diadakan untuk mengetahui perkembangan dan maklum balas ibubapa dan peserta yang dikhatankan melalui program khatan 2023.




BUTIRAN


2 views0 comments
bottom of page